Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Wehdatul Wujud
1) Mengapa Tauhid Itu Penting?
Umat Islam adalah umat aqidah.Oleh itu bertauhid yang betul merupakan asas bagi semua amalan yang soleh. Tanpanya amalan itu tidak diterima. Firman Allah :
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
“Barang siapa mengharapkan pengampunan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”. (Al_Kahfi :110)
Firman Allah :
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
.
-
- “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu, jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi (Az Zumar : 65)
Kata lawan Tauhid adalah Syirik, amalan seseorang tidak akan
diterima jika ianya tidak bersih daripada syirik.
Dalam kertas kerja ini akan diringkaskan:
-
- takrif tauhid dan jenis-jenisnya
- Keistimewaan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.
- Makna yang benar bagi ‘syahadah’
- ‘Tawhid wahdatul wujud’ musuh tawhid uluhiyyah.
2) Mengapakah Para Ulama Menulis Buku Tauhid?
- Di dalam buku “Syarah Al-Aqidah Ath-Thahawiyah” di tulis oleh Imam ath-Thahawi(239–321H) yang ditahqiq oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani bersamaan Jama’ah daripada golongan ulama as-Salaf di Madinah, ditulis :
“Ilmu usuluddin adalah ilmu yang terunggul dan istimewa, seseorang hamba berhajat kepadanya lebih daripada hajatnya kepada yang lain. Ia adalah ilmu dharurah dan wajib bagi setiap muslim. Sebabnya ialah hati manusia tidak akan berasa tenang melainkan ia kenal siapakah Rabnya, siapakah yang disembahnya? Siapakah yang menciptanya? Hamba itu mengenal Rabnya melalui nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya. Ia adalah jalan untuk mendekati hati manusia kepada Rabnya. Jalan inilah yang diambil oleh para-rasul sebagai permulaan dan pembuka dakwah mereka.”
Iman Abu Hanifah rm.(80-150H) dari golongan at-Tabiin mengumpulkan ilmu usuluddin ini di bawah tajuk yang dinamakannya “Fiqhul Akbar” dan ilmu yang lainnya dinamakan “Fiqhul Furu’”. Dibahagian Fiqhul Furu’ adalah syariat yang mengandungi suruhan dan tegahan. (1)
b) Pada zaman Imam Ath-Thahawi (239-321H) telah mula tersebarnya ajaran sesat dalam akidah di kalangan umat dari golongan al-Mutakallimin dari golongan ahli failasuf. Mereka membuat slogan “menginginkan pertemuan antara syariat dan falsafah”. Jaham Ibn Safwan seorang mubtadak (pembuat bidaah) membawa pemikiran tasauf ala Hindu ke dalam akidah umat seperti pemikiran al-Hulul dan ittihad. Golongan Syiah dan Khawarij pula membawa pemikiran memusuhi para sahabat,mencipta hadis dan menentang penguasa dengan senjata dan menolak as-Sunnah Nabi s.a.w.
c) Abu Uthman Ash-Shabuni rm. (372-449H) seorang ulama besar di Khurasan pada zamannya menulis “Risalah Fi ‘Itiqadi Ahlus -Sunnah Wa-Ashabil Hadis wal A’immah” (Risalah Tentang Akidah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah dan Ahlul Hadis). Di kitab tersebut beliau menulis berbagai persoalan penting berkenaan akidah yang disepakati oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Begitu juga Abu Muhammad al-Barbahaari (wafat 329H) yang menulis buku “Syarah As-Sunnah”. Ibn Kathir menyatakan bahawa beliau adalah seorang berilmu, imam besar pada masanya dan menentang ahlul bi’daah supaya agama Islam dibersihkan dari sebarang khurafat yang dimasukkan ke dalamnya oleh ahlul bidaah itu.
3) Tauhid Apakah Yang Diberi Perhatian?
Ulama as-salafus soleh menjelaskan bahawa tauhid yang ditegaskan oleh para rasul adalah tauhid al-Uluhiyyah. Maklumat ini penting kerana majoriti umat diberi tahu setakat tawhid rububiyyah sahaja seperti terdapat dalam sifat 20. Untuk menerangkan tawhi dyang dibawa oleh para rasul, ulama membahagikannya kepada tiga jenis iaitu:-- Tauhid ar-Rububiyyah
- Tauhid al-Uluhiyyah
- Tauhid as-sifat wal-Asma’
a) Tauhid ar-Rububiyyah
Firman Allah :
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
“Allah yang menciptakan segala sesuatu” (Az-Zumar: 62)
Allah telah menetapkan wujudnya sebagai ‘Al-Khaliq’
(pencipta dan kesaanNya)
Firman Allah:
أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ
“Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? (At-Thur : 35)
إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَاباً وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ
“Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencipta seekor lalat pun, walau mereka bersatu untuk menciptanya…”(Al-Hajj : 73)
4) Keistimewaan Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Rububiyyah Mewajibkan Tauhid Uluhiyyah. Jika seseorang beriman dengan tauhid rububiyyah. Iaitu tidak ada pencipta, pemberi rezeki dan pengatur alam kecuali Allah maka tidak ada yang berhak menerima ibadah (dengan pelbagai jenisnya) kecuali Allah s.w.t. Tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyyah.
Firman Allah
َ أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُون.
“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelummu agar kamu bertaqwa. Dialah yang menyediakan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (Al-Baqarah: 21 – 22)
Allah s.w.t membuat tawhid rububiyyah sebagai dalil supaya hamba-Nya jangan menyekutukan Allah. Allah menerangkan cara bertaqarrub (mendekati diri) kepada Allah. (melalui tauhid Ibadah). Berkata Dr. Saleh Bin Fauzan Bin Abdullah Al-Fauzan seorang ulama besar di Riyadh dalam bukunya “Kitab at-Tauhid”.
“Maka tauhid rububiyyah adalah pintu gerbang untuk tauhid uluhiyyah” (2)
Menurut Imam Abu Jaafar dalam “Syarah Aqidah Ath-Thahawiyyah” “Tauhid yang diperentahkan oleh para-rasul adalah tauhid uluhiyyah.”
“Tawhid uluhiyyah meliputi tauhid ar-rububiyyah”
Tawhid ululiyyah mewajibkan beribadat kepada Allah sahaja tanpa menyekutukannya. Kaum musyrikin dari Arab pada masa itu berikrar (bersetuju) dengan kebenaran tauhid ar-rububiyyah iaitu Allahlah pencipta langit dan bumi dengan sendiriNya (4)
Firman Allah :
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ
“Dan sungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Niscaya mereka akan menjawab, ‘Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”
(Az-Zukruf : 9)
Firman Allah:
قُل لِّمَنِ الْأَرْضُ وَمَن فِيهَا إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ{84} سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ{85} قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ{86} سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ
“Katakanlah, kepunyaan siapakah bumi ini, dan semuanya yang padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab, ‘kepunyaan Allah’ Katakanlah: maka apakah kamu tidak ingat? Katakanlah, siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang mempunyai, Arsy yang besar?”
Mereka akan menjawap‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: maka apakah kamu tidak bertakwa?”. (Al-Mu’minun : 84 : 89).
Berkata Sheikh Saleh Fauzan :
“Mengakui tauhid ar-rububiyah semata, tidak membuat orang musyrik di Mekah masuk dalam Islam, malah Rasulullah s.a.w. memerangi mereka. Padahal mereka mengakui bahawa Allahlah yang pencipta, memberi rezeki, yang menghidupkan dan mematikan.”
Yang mereka lakukan yang tidak diterima oleh Allah s.w.t ialah mereka menyenkutukannya. Oleh sebab itulah mereka beribadah kepada bintang-bintang, patung-patung, malaikat dan jin. Mereka beri’tiqad bahawa benda-benda tersebut boleh mendekatkan mereka kepada Pencipta:
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
“Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata) : “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (Az-Zumar : 39:3)
Firman Allah:
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ
“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan dan mereka berkata: Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami disisi Allah.” (Yunus 10:18)
Allah berfirman :
لاَّ تَجْعَل مَعَ اللّهِ إِلَـهاً آخَرَ
“Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah” (Isra : 22)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ
“Janganlah kamu sembah disamping Allah, tuhan apapun yang lain.” (al-Qashash, 28 : 88)
Ayat-ayat tersebut mengingatkan kaum musyirikin supaya Allah sahaja yang berhak disembah.
Umat Islam kini banyak tersesat ke dalam Wahdatul Wujud, yang pada hakikatnya lebeh terok dari keadaan kaum musrikeen di Mekah. Bagaiman?
5) Makna Syahadah:
لا إِلَهَ إَِّلا اللَّه
Menurut Dr. Saleh Fauzan ada beberapa penafian batil disini, antaranya :-
a). “Tidak ada tuhan disembah melainkan Allah”
Ertinya, semuanya yang disembah (betul atau tidak) adalah Allah.
b). “Tidak ada pencipta melainkan Allah”
Ini bukan dimaksudkan : kerana kalimah ini tidak terhad kepada tauhid rububiyah sahaja.
c) “Tidak ada hakim melainkan Allah”
Ini bukan dimaksudkan kerana ia sebahagian yang dimaksudkan.
- d) Tafsir yang benar menurut para Imam as-solafus-soleh dan para muhaqqiq (ulama peneliti) ialah : “Tidak ada sesembahan yang berhak disembah melainkan Allah.”(5)
e) Jamaah Tabligh dari Delhi (Nizhamuddin) memberi tafsir sendiri, iaitu:
- “Merealisasikan Kalimat Thayyibah ‘Laa Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah’ seperti berikut: “Mengeluarkan keyakinan yang rosak tentang sesuatu dari hati kita dan memasukkan keyakinan yang benar tentang dzat Allah, bahawasanya Dialah sang pencipta, maha pemberi rezeki….Maha menghidupkan dan mematikan.”
- Tafsiran ini tafsir baru, bukan dimaksudkan ia terhad kepada tawhid rububiyyah sahaja.
6) Tauhid Wahdatul Wujud, Bahayanya Ke Umat Islam
a) Falsafah Yunani khasnya falsafah Plato (427-437sm) dan Aristotle (384-322sm) berkenaan kejadian alam telah banyak mencemar aqidah umat Islam melalui konsep wahdatul wujud dan Tasauf Falsafi. Mereka membawa
konsep Penjelmaan Tuhan dalam alam benda dan makhluk. Inilah asas agama Hindu.
Falsafah Plato mengganggap Tuhan sebagai satu roh yang sempurna. Dunia ini adalah pancaran sinar yang mengalir daripada Tuhan. Sinar akan kembali kepada Tuhan yang sentiasa sama. Tiada lain yang wujud melainkan Tuhan. Tidak ada pencipta atau makhluk Tuhan boleh diumpamakan sebagai lampu menyebabkan pancaransinar cahaya (yang merupa alam benda) iaitu alam benda adalah suatu penjelmaan “tuhan’ di alam raya. Prosess itu adalah prosess automatic (proses tajali) atau proses sebab musabab bukan proses iradah (kemahuan).
Guru Plato bernama Pythagorus (500sm) telah mengutarakan konsep hampir serupa bernama konsep ‘pemindahan arwah’(reinkarnasi) atau (transmigration of souls). Roh setiap makhluk berpindah daripada daripada satu jasad ke jasad yang lain. Konsep ‘Karma’ dan ‘Penjelmaan’ dalam agama Buddha dan Hindu ada kaitan yang rapat dengan konsep pemindahan arwah ini. Mazhab Yunani yang awal yang terkenal sebagai ‘Ionian’ percaya adanya Tuhan yang satu tetapi Tuhan itu wujud di dalam alam semesta (alam tabii). Penjelmaan tuhan dalam bentuk matahari adalah yang paling masyhur.
Yunani Purba percaya bahawa, tuhan matahari bernama ‘Mitra’ lahir pada 25hb December. Menurut Ensiklopedia Britannica “Perayaan hari lahir Jesus adalah bersumber dari adat Jahiliyah…25 December di Rom,adalah hari perayaan kelahiran tuhan matahari”. Menurut agama Yunani purba ini Tuhan matahari berehat pada hari Ahad, maka hari Ahad diisytiharkan sebagai hari matahari (Sunday) dan ia menjadi hari cuti am. Di zaman jahiliyyah Rom, mereka merayakan kelahiran Tuhan-tuhan matahari seperti Osiris, Horus, Hercules, Jupitor, Seturn dan Adonis.
b) Plato,Konsep Gnosis dan Kitab Berzanji
Pemikiran Plato banyak mempengaruhi pemikiran golongan mistik, sufi dan tasauf falsafi. Latihan-latihan kerohanian dilaksanakan bertujuan untuk bersemadi dengan tuhan. Antara latihan itu ialah bermeditasi berzikir dengan muzik sambil menari dengan rancak, mengadakan pergaulan haram (berjimak), berzikir sepanjang hari di dalam kelambu atau di dalam hutan rimba untuk meleburkan diri dalam tauhidullah (fana’ fillah). Pengaruh dari gnosis (makrifah) Neo Platonisme Yunani terdapat dalam falsafi. Pemikiran “gnosis” yang menghubungkan Allah dengan roh manusia (cara mistik) membawa kepada konsep ‘Hakikat Muhammadiyyah’ dan ‘insan al-kamil’. Ahli ahli tasauf yang menjadi mangsa pada pemikiran bahawa manusia boleh mencapai keperingkat ‘insan al-Kamil’ tersebut00 adalah seperti Hallaj Ibn Sab’n, Ibn Arabi dan lain-lain.
Di dalam ‘ Kitab Berzanji’ di penggal 1 baris 5 dan 6 boleh membawa erti bahawa Nabi s.a.w (Hakikat Mihammadiyyah) berpindah-pindah daripada satu jasad (moyang-moyang) ke jasad yang lain. Konsep ini serupa dengan konsep ‘reinkarnasi’ dalam agama Hindu.
Ia berbunyi :
“Kupohon semoga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada junjungan an yang Nurnya mulu-mula dijadfikan Allah di alam nyata. Nur yang berpindah dari keturunan demi keturunan, yang semuanya keturunan mulia.”
Sila lihat satu rajah di lampiran yang dipetik dari buku ‘Martabat Tujuh Tajalli (penampakan) Allah melalui Tujuh Martabat. Di keluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tahun 1998.Hlm 60.
Sumber Tasauf Falsafi lahir dari pemikiran mentakwilkan ayat al-Quran atau hadis menurut fahaman falsafah yang di istilahkan oleh mereka ‘takwil isyari’ ‘(metaphorical interpretation). Slogan meraka ialah ‘setiap zahir ada makna batin, setiap wahyu ada takwil’. Menurut mereka ayat al-Quran mengandunggi makna ibarat sahaja . Penganut tasauf falsafi berpendapat bahawa ilmu zahir membawa kepada syak dan zan. Makrifah sebenar ialah “pemerhatian batin”, mujahadah dan membersihkan jiwa. Golong tasauf ini melabelkan ulama hadis dan fiqah sebagai ulama zahir (ulama kulit). Ulama batin adalah ulama isi. Ulama batin mendapat ilmu dari laduni! Mereka dapat ilmu direct dari yang hidup “Tuhan”. Mereka tidak perlu ambil ilmu dari para ulama hadis yang sudah mati! Yang betulnya atau sebenarnya, mereka itu akan dapat ilmu dari bisikan syaitan atau syaitan dalam bentuk manusia. Ramai ulama Ahlus Sunnah telah menulis dan mendedahkan konspirasi (tipu helah) ini. Sila lihat rujukan-rujukan di akhir kertas kerja ini.
c) Aqidah Syiah
Ajaran Syiah ITSNA ASYARIYAH yang diikuti oleh pehak majoriti di Negara Iran kini banyak membawa aqidah karut batiniyyah seperti ketuhanan manusia. Adalah menjadi rukun aqidah ‘Syiah Imamiyyah’ bahawa para imamnya yang berjumlah dua belas itu adalah maksum (tidak mungkin berbuat salah) dan mereka tahu ilmu di alam ghaib, hingga tahu apa yang telah jadi dan apa yang akan terjadi (Al-Kulaini dalam buku Al-Kafi) Imam Khomeini, berkata:
“Imam-imam kami mencapai kedudukan yang tak dapat dicapai malaikat atau pun para Nabi yang diutus”. (Khomeni dalam buku ‘Al-Hukumatul Islamiyyah.’)
Mereka mengkafirkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ahlus Sunnah dianggap najis, boleh dibunuh dan dirampas harta mereka seperti mana berlaku di Iraq, Labanon, Syria dan di Pakistan hari ini.
d) Kesimpulan
Kesimpulannya ajaran wahdatul wujud adalah aqidah yang asing dari Islam yang datang dari luar dan sedang mempengaruhi umat Islam, secara tahu atau tidak tahu hakikat aqidah itu.
Oleh itu pelajaran aqidah ahlus Sunnah wal Jamaah yang betul seperti mana dipegang oleh salaful ummah adalah suatu perkara sangat penting dan dharurah.Wallahu a’lam bis-sawab.
Sulaiman Noordin
25hb July 2007
Rujukan
1) Imam Abu Jaafar Ath-Thahawi, (239 – 321H) seorang Ahli Fiqh dan Hafiz.Ibn Kathir dalam ‘Al-Bidayah wan Nihayah’ berkata “dia seorang penghafal,tepercaya dan pakar hadis”.
2) ‘Kitab Tauhid’ Dr. Salih Bin Fauzan . Terjemahan Hasan Bashori Darul Haq, Jakarta, 1999M, Hlm 41.
3) ’Syarah Aqidah Ath-Thahawiyyah’ Ibid hal.21.
4) Ibid : Hlm 19
5) Kitab Tawhid Dr. Saleh Bin Fauzan. Ibid. Hlm 53.
Lampiran :1, 2, dan 3.
Buku Bacaan.
1. “Syiah” Kesesatan dan Penyelewengan oleh Sa’id Hawwa Abu Bakar Jabir al-Jazairi. Alih Bahasa oleh Hj Ghazali. Pustaka Awan Press K. Bharu Kelantan, 1990.
2. “Khomeni A Moderate or a Fanatic Shi’ite.” Oleh Dr. Abdullah Muhammad Ghareeb. Alih Bahasa oleh Bilal Philips. Pustaka Ushamurni, K. Lumpur 1987.
3. “Sejarah Pemikiran 2”
Sulaiman Noordin, PPU, Univ Kebangsaan Malaysia, 1999.
4. “Martabat Tujuh”
Abdulfatah Haron Ibrahim. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1998.
5. “Tasauf Falsafah dan Wahdatul Wujud Menurut Islam” Prosiding Seminar. Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (BPPI) (1999).
-
- “Terjemah Berzanji Maulidur – Rasul s.a.w. Amir Marzuki.Jabatan Agama Islam,Selangor – 1995.
Nota: Para Ilmuan Islam yang masyhur yang terpengaruh dengan teori Emanasi (Penjelmaan)Yunani tersebut di atas termasuk Abu Nasr Muhammad al-Farabi, Ibn Rushd dan Ibn Sina. Mereka mentakwilkan makna ayat-ayat al-Quran sesuai dengan konsep kosmogoni Yunani. Umpamanya syurga ditakwilkan kepada suatu nikmat bukan suatu tempat hakiki.
dikutip dari
http://salafiharoki.wordpress.com/2008/02/02/tauhid-rububiyyah-tauhid-uluhiyyah-dan-wehdatul-wujud/
yang punya blog ini kayaknya udah terjangkit virus wahabi salafi ya atau penolong wahabi. kok orang musyrik jahiliah disebut sebagai orang bertauhid (tauhid rububiyah), logika apa yang digunakan ini? aneh ? apa gak bertentangan tu tengku ? Al-qur'an aja sudah memvonis mereka sebagai musyrik. lalu menuduh orang beryakinan dengan sifat 20 masih tauhid rububiyah. kalau begitu yang benar imannya tentu hanya wahabi saja ya?, gimana kaum asy'ari dan maturidy? yang berakidah dengan sifat 20?
BalasHapusteungku, pembagian tauhid menjadi rububiyah, uluhiah dan asma wa sifat hanya kerjaan wahabi, gak dikenal pada ulama salafulshaleh. uluhiyah dan rububiyah sama saja, bukan kah dalam kubur nanti ada pertanyaan "man rabbuka ?, bukan man ilahuka?. kalau mayat menjawab Allah rabbi, itu udah sah tengku, gak mesti Allah ilahi. itu artinya rab dengan ilah sama saja pengertiannya.
kayaknya banyak sekali dalam tulisan ini yg bermasalah, tapi itu dulu, saya mengomentari ini karena teungku kita ini dikenal sebagai ahlussunah non wahabi salafi
terima kasih
ini adalah model tauhidnya salafi (lihat sumber)
BalasHapusmaka nya gak usah jadi penyebarnya
BalasHapusSangat cerdas.
HapusTujuan disebutkan referensi (sumber) memang untuk diketahui bagaimana mereka (para Wahhabi) bertauhid, dan semoga ada yang akan menjawab tulisan mereka versi ahlussunnah wal jama'ah.